April 12, 2012

Jawatan Kosong di Lembaga Muzium Negeri Terengganu (LMNT)


Muzium Terengganu telah dirasmikan pada 20 April 1996 bersamaan 2 Zulhijjah 1416 oleh Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan Terengganu. Meliputi kawasan seluas 27 hektar, kompleks ini mempunyai keluasan lantai keseluruhan berjumlah 75,075 meter persegi. Terdiri dari 4 blok bangunan Muzium Utama, kompleks ini juga mempunyai Muzium Maritim, 5 buah rumah tradisional serta kawasan lanskap. Antara galeri yang terdapat di bangunan utama ialah Galeri Islam, Galeri Tekstil, Galeri DiRaja, Galeri Sejarah, Galeri Kraf, Galeri Petroleum, Galeri Ilmu Kejadian. Di Muzium Maritim pula terdapat 2 galeri iaitu Galeri Perikanan & Taman Laut serta Galeri Pelayaran dan Perdagangan.

Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat Negeri Terengganu yang berkelayakan
sahaja bagi memenuhi jawatan berikut :-

1. Penolong Kurator
2. Pembantu Muzium


KLIK SINI UNTUK IKLAN JAWATAN DAN CARA MEMOHON

Tarikh Tutup Permohonan: 15 April 2012

0 comments:

Post a Comment