August 27, 2011

PENTING!! : HANYA UNTUK YANG BAKAL HADIRI EXAM PTD 10 SEPTEMBER 2011


Salam hormat ..

HANYA UNTUK YANG BAKAL HADIRI EXAM PTD 10 SEPTEMBER 2011

Jika tuan/puan terlibat dipanggil exam PTD 10 SEPTEMBER ni, tahniah diucapkan. Jika tak terlibat pun, tidak mengapa. Mungkin boleh sampaikan kepada sahabat/ahli keluarga yang lain yang mungkin
terlibat. Atau mungkin juga untuk masa akan datang sekira;nya terlibat lagi dengan exam PTD...

==> PANDUAN LENGKAP EXAM PTD

Untuk makluman, Team Tips PTD kembali menyediakan panduan khas untuk sesiapa yang ingin mengetahui persediaan rapi untuk peperiksaan bertulis exam PTD (Pegawai Tadbir Diplomatik) yang bakal berlangsung 10 SEPTEBER ini . Yang terbaik adalah, team PTD ada sediakan contoh skema soalan dan jawapan untuk exam objektif. Ada jawapan tu. Dan ada nota esei turut disediakan.

Bagi yang memang tak tahu Nak buat persiapan untuk exam tersebut, rujukan-rujukan ini sangat membantu. Boleh dapatkan rujukan - rujukan penting tersebut yang mana ianya diterbitkan oleh Team Tip PTD melalui web jualannya di bawah:

==> PANDUAN LENGKAP EXAM PTD

Jualan pakej rujukan exam PTD ini AMAT TERHAD dan akan ditutup tak lama lagi. Ianya terhad. Usah terlepas untuk dapatkan pakej rujukan yang sangat membantu calon-calon yang bakal menghadiri exam PTD 10 September nanti.

Sekian,
Admin

NOTA:

Dan boleh baca penerangan berkenaan exam tu di bawah ni

Ni saya rujuk dari SPA

PANDUAN PEPERIKSAAN MEMASUKI SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI TADBIR DAN
DIPLOMATIK GRED M41
PENDAHULUAN

Peperiksaan Khas ini bertujuan mengukur daya pemikiran serta kebolehan
calon mengaplikasi maklumat yang diperolehi melalui latihan akademik,
bacaan dan pengalaman. Calon-calon yang menduduki peperiksaan adalah
dari pelbagai jurusan. Maka soalan-soalan yang dikemukakan meliputi
pelbagai bidang dan mempunyai skop yang luas.

Matlamat Peperiksaan Khas ini adalah untuk mengukur kematangan
pemikiran calon agar sesuai dengan kualiti serta potensi seorang
Pegawai Tadbir dan Diplomatik.

Peperiksaan Khas ini melibatkan lima kertas berasingan. Setiap kertas
adalah penting kerana mengukur calon dalam satu atau dua aspek sahaja.
Calon-calon perlu menunjukkan prestasi yang baik bagi kesemua kertas.
Jika prestasi yang sangat baik dipamerkan pada satu atau dua kertas
sahaja maka prestasi keseluruhan calon kurang memuaskan. Namun, jika
calon mendapat markah yang menggalakkan bagi setiap kertas, maka
prestasi keseluruhan dianggap baik. Oleh itu, calon-calon dinasihatkan
supaya tidak memfokus kepada kertas tertentu sahaja.

Kelulusan Peperiksaan Khas ini merupakan satu daripada syarat lantikan
ke skim tersebut. Calon-calon yang memenuhi syarat-syarat lain yang
ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia termasuk lulus
’Assessment Centre’ akan ditemu duga.

P/S 1 : KURANG MAHIR BERBAHASA INGGERIS

KUASAI BAHASA INGGERIS DENGAN PANTAS

--> PANDUAN KUASAI BAHASA INGGERIS DENGAN PANTAS

------------------------------------------------------------------

PANDUAN UMUM

1.     Pada hari Peperiksaan Khas calon hendaklah membawa:

i. Surat Panggilan Menduduki Peperiksaan Khas
ii. Kad Pengenalan
iii. Pensil 2B, pen dan pemadam lembut
iv. Peralatan lain yang difikirkan perlu

2.     Calon perlu berada di Pusat Peperiksaan lima belas (15) minit
sebelum Peperiksaan Khas dimulakan.

3.     Calon perlu mematuhi arahan Ketua Pengawas.

4.     Calon tidak dibenarkan berkomunikasi dengan calon-calon lain.
Sila angkat tangan jika ada masalah atau pertanyaan.

5.     Calon hanya boleh meninggalkan Pusat Peperiksaan tiga puluh
(30) minit masa Peperiksaan Khas dimulakan

6.     Jawapan hendaklah dibuat dalam
i. Kertas OMR - bagi Seksyen A, B dan C
ii. Kertas tulis SPA - bagi Seksyen D dan E

7.     No. Kad pengenalan pada kertas jawapan hendaklah sama seperti
dalam Surat Panggilan Menduduki Peperiksaan.

8.     Rujukan kepada mana-mana bahan adalah TIDAK dibenarkan.

9.     Calon mesti berpakaian kemas, sopan dan tidak menjolok mata.

SUKATAN PEPERIKSAAN KHAS

Peperiksaan ini mempunyai satu (1) bahagian dan dibahagikan kepada
lima (5) seksyen seperti berikut :

Seksyen A - Pengetahuan Am mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling
Seksyen B - Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen C - Pengertian Dan Kefahaman Terhadap Esei-esei
Seksyen D - Esei Bahasa Melayu
Seksyen E - Esei Bahasa Inggeris

SEKSYEN A - PENGETAHUAN AM MENGENAI MALAYSIA DAN ALAM SEKELILING.

Masa : 45 minit

Bilangan Soalan : 60

Dalam seksyen ini calon dikehendaki mengetahui secara umum
perkaraperkara berkaitan dengan pemerintahan di Malaysia dan juga
perkaraperkara yang berkaitan dengan pengurusan sumber manusia /
infrakstruktur, pentadbiran dan pembangunan wilayah / tanah / daerah/
tempatan, pengurusan sumber ekonomi, pengurusan sumber kewangan,
hubungan antarabangsa & hal ehwal luar negeri, pengurusan teknologi
maklumat & komunikasi, keselamatan dan pertahanan negara serta
lainlain perkembangan. Tujuan seksyen ini adalah untuk mengukur daya
kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di dunia sekelilingnya
pada amnya dan Malaysia khasnya.

Contoh Soalan

1.     Deklarasi Kuala Lumpur 1971 ialah satu persetujuan mengenai

      A. penubuhan ASEAN.
B. penubuhan pasaran bersama untuk ASEAN.
C. pakatan ketenteraan di antara negara-negara ASEAN.
D. penubuhan Kawasan Aman, Bebas dan Berkecuali di Asia
Tenggara.
Jawapan - D

2.     Apabila Yang di-Pertuan Agong melantik Perdana Menteri, baginda
hendaklah memilih seorang Ahli Dewan Rakyat yang boleh mendapat
sokongan majoriti dan ia mestilah seorang yang

      A. beragama Islam.
B. keturunan Melayu.
C. pernah menjadi Menteri Kabinet.
D. menjadi warganegara mengikut operasi undang-undang.
Jawapan - D

SEKSYEN B - DAYA MENYELESAIKAN MASALAH

Masa : 45 minit
Bilangan Soalan : 40

Dalam seksyen ini calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah yang
dikemukakan menggunakan

i. kemahiran logik
ii. kemahiran menginterpretasi data
iii.konsep-konsep matematik

(i) Kemahiran Logik

Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan segala pengetahuan
yang ada, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat-
maklumat tersebut untuk memilih jawapan yang tepat dalam menyelesaikan
masalah-masalah yang dikemukakan.

Contoh Soalan

1.     Sila pilih kenyataan-kenyataan yang boleh dipercayai dari
individu-individu berikut :

      Peguambela : ”Yang dituduh tidak bersalah kerana tidak berada di
tempat kejadian jenayah berlaku.

      Jururawat : “Jika awak makan ubat ini tiga (3) kali sehari, awak
akan sembuh dengan segera.”

      Profesor : “Keadaan inflasi di Malaysia akan Ekonomi berkurangan
dalam masa dua (2) tahun lagi memandangkan perkembangan ekonomi dunia
sekarang.”

      Penganggur : “Saya sudah mohon kerja di lima buah tempat, tetapi
semua memberi jawapan tidak ada kerja kosong.”

      A. Jururawat
B. Penganggur
C. Peguambela
D. Peguambela dan Jururawat

      Jawapan - B

Penjelasan

Kenyataan Peguambela tidak boleh diterima kerana ia merupakan
kenyataanya sahaja. Ianya juga mungkin tidak berbukti kerana yang
memutuskan secara muktamat ialah Hakim. Penguambela sudah tentu
menyebelahi pihak anak guamnya.

Kenyataan Jururawat juga tidak boleh diterima kerana beliau tidak
dapat menjamin bahawa sesuatu penyakit boleh sembuh.

Kenyataan Profesor Ekonomi juga tidak boleh diterima kerana ia
merupakan satu ramalan sahaja.

Hanya kenyataan Penganggur sahaja yang boleh diterima kerana ia adalah
kenyataan yang benar berlaku kepadanya.

2.     Mengikut undang-undang perbuatan mencuri adalah mengambil harta
orang lain dengan tujuan melarikan harta itu daripada yang
mempunyainya.

Pada suatu hari Y telah pergi ke sebuah kedai dan mengambil sebungkus
coklat dan telah memakannya dengan tidak membayar. Keesokannya Y
berperasaan kesal dan telah kembali ke kedai tersebut dan membuat
pengakuan bahawa ia telah mengambil coklat itu. Dia juga memohon maaf
dan sanggup membayar harga coklat itu. Tuan punya kedai itu tidak mahu
menerima bayaran tersebut tetapi telah membuat laporan polis.

Dalam keadaan ini, mengikut petikan Undang-undang di atas, Y adalah

      A. tidak bersalah kerana ia sudah meminta maaf
B. bersalah kerana mengambil coklat itu tanpa membayar
C. bersalah kerana tuan punya kedai tidak memaafkannya
D. tidak bersalah kerana sanggup membayar harga coklat tersebut

      Jawapan - B

Penjelasan

Isu utama adalah sama ada perbuatan Y dianggap mencuri atau tidak
disisi undang-undang. Nyata sekali Y telah mengambil coklat lalu
memakannya dan dengan itu, ‘melarikan harta daripada yang
mempunyainya.’ oleh itu Y adalah bersalah. Jawapan yang boleh diterima
ialah di antara A dan B. Y bersalah bukan kerana tidak dimaafkan oleh
tuan punya kedai tetapi Y bersalah kerana telah mengambil coklat itu
tanpa bayaran. Isu sama ada tuan kedai memaafkannya atau tidak, tidak
timbul. Jawapan yang tepat ialah B.

(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data

Calon diberi beberapa soalan menyelesaikan masalah yang menggunakan
perangkaan. Perangkaan yang diberi perlu dianalisa untuk menyelesaikan
masalah-masalah yang dikemukakan. Penggunaan graf, jadual dan
sebagainya digalakkan agar mudah untuk calon memberi jawapan.

Contoh Soalan

Sila gunakan jadual di bawah untuk menjawab soalan-soalan berikut:

0 - 5000     2,500 @ 6%     = 150
+ 2,500 @ 9%     = 225

5,000 - 7,500     5,000     = 375
+ 2,500 12%     = 300

7,500 - 10,000     7,500     = 675
+ 2,500 15%     = 375

10,000 - 15,000     10,000     = 1,050
+ 5,000 20%     = 1,000

15,000 - 20,000     15,000     = 2,050
+ 5,000 25%     = 1,250

20,000 - 25,000     20,000     = 3,350
+ 5,000 30%     = 1,500

25,000 - 35,000     25,000     = 4,800
+ 10,000 35%     = 3,500

35,000 - 50,000     35,000     = 8,300
+ 15,000 40%     = 6,000

50,000 - 75,000     50,000     = 14,300
+ 25,000 45%     = 11,250

75,000 - 100,000     75,000     = 22,500
+ 25,000 50%     = 12,500

1.     Jumlah cukai yang harus dibayar bagi pendapatan bercukai yang
berjumlah RM 8,500 ialah

      A. RM 815
B. RM 820

    C. RM 825
D. RM 1,050
Jawapan - C

2.     Pendapatan bercukai tahun ini ialah RM20,000 dan pada tahun
hadapan anda akan mendapat pendapatan bercukai sebanyak RM23,000.
Berapakah jumlah cukai tambahan yang harus dibayar bagi tahun hadapan?

      A. RM 200
B. RM 300
C. RM 900
D. RM 1,500
Jawapan - C

3.     Jika anda membayar cukai RM240 bagi tahun 1996 berapakah
pendapatan bercukai anda bagi tahun tersebut?

      A. RM 3,000
B. RM 3,500
C. RM 4,500
D. RM 4,750
Jawapan - B

(iii) Konsep-konsep Matematik

Konsep matematik yang perlu digunakan merangkumi algebra dan geometri.
Asas-asas matematik tersebut tidak melebihi Sukatan Pelajaran Menengah
Atas (SPM). Oleh yang demikian soalan-soalan ini dianggap sesuai untuk
kesemua calon.

Calon-calon siswazah jurusan matematik tidak mendapat kelebihan di
seksyen ini kerana soalan-soalan yang dikemukakan merupakan soalan
logik. Proses penyelesaian masalah tersebut mengaplikasikan konsep-
konsep matematik di peringkat Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM).

Contoh Soalan

1.     8 pasukan bola sepak mengambil bahagian dalam sebuah
pertandingan. Jika perlawanan diadakan secara liga (setiap pasukan
mesti bertemu antara satu sama lain) berapakah jumlah permainan yang
akan dilangsungkan dalam pertandingan tersebut?

      A. 28
B. 49
C. 56
D. 62

    Jawapan - A

Teknik menjawab

8 pasukan mengambil bahagian di mana setiap pasukan mesti bertemu
antara satu dengan lain. Oleh itu, setiap pasukan perlu bermain
sebanyak 7 kali. Ini bermakna terdapat 56 (8x7) permainan. Tetapi
setiap pasukan bertemu dengan pasukan lain hanya sekali, untuk
mengelakkan pengiraan dua kali maka jumlah permainan ialah 8x7/2 = 28

2.     Terdapat 40 orang penuntut dalam sebuah kelas. 90% daripada
mereka telah mengambil peperiksaan dan 3/4 daripadanya telah lulus.
Berapakah bilangan penuntut yang lulus?

      A. 27
B. 30
C. 33
D. 36

    Jawapan - A

Teknik menjawab

90% daripada 40 = 36
3/4 daripada 36 = 27

SEKSYEN C – PENGERTIAN DAN KEFAHAMAN TERHADAP ESEI-ESEI

Masa : 35 minit
Bilangan Soalan : 20 soalan

Dalam seksyen ini calon dikemukakan 4 petikan esei yang mengandungi
antara 300 hingga 400 perkataan setiap satu; 2 dalam Bahasa Melayu dan
2 dalam Bahasa Inggeris. Setiap esei mengemukakan 5 soalan yang
menguji kefahaman dan pengertian calon terhadap esei berkenaan. Bagi
esei-esei dalam Bahasa Melayu soalan-soalan adalah dalam Bahasa
Melayu. Bagi esei-esei Bahasa Inggeris soalan-soalan adalah dalam
Bahasa Inggeris.

Soalan-soalan berasaskan kepada esei yang dikemukakan dan bukan
pengetahuan atau pengalaman calon. Soalan-soalan tertumpu kepada
perkara-perkara berikut:

(i)     Perkara yang penting yang dinyatakan atau tujuan utama esei;
(ii)     Penerangan atau kenyataan yang nyata dan jelas dari esei;

(iii)     Kenyataan ataupun pemikiran yang disindir atau ditempelak
dari esei;

(iv)     Aliran pemikiran dan asas-asas perbahasaan penulis;

(v)     Perasaan penulis sama ada menyokong atau menolak, memberi
pendapat yang bebas suka/duka dan sebagainya

Contoh Soalan

Esei

Sejak awal lagi, internet diketahui mempunyai cirri-cirri kebaikan dan
keburukannya. Kita amat mengharapkan alat ini dapat mencari maklumat
dengan pantas dan digunakan dengan cara yang paling baik. Namun
demikian, dalam masyarakat yang pelbagai ragam, penyalahgunaan adalah
perkara yang tidak dapat dielakkan. Cara untuk menyekat perbuatan
seperti itu harus difikirkan oleh setiap individu. Oleh sebab
penggunaan internet dianggap sebagai kebebasan dalam konteks
globalisasi, setiap individu berhak menggunakan Internet.

Terpulanglah kepada individu itu untuk menentukan tujuan dia
menggunakan internet, sama ada untuk tujuan kebaikan atau sebaliknya.
Penggunaan internet dapat mempercepat tugas yang berkaitan dengannya.
Hal ini terbukti dengan jelas, khususnya dalam aspek penyaluran dan
penyebaran maklumat dan maklum balasnya. Oleh itu, penyebar surat
laying mungkin berpendapat bahawa internet merupakan alat yang
terpantas untuk melakukan perbuatan jahat mereka.

Kita percaya bahawa surat layang melalui internet lebih berbisa jika
ada pihak yang sanggup memanjangkan surat yang biasanya tidak dikenali
penulisnya itu. Surat layang seperti ini dapat disebarkan dari satu
alamat yang lain melalui internet atau dicetak dan disebarkan kepada
mereka yang tidak mempunyai kemudahan internet. Kerja ini juga dapat
dilakukan menerusi ruang khas homepage yang begitu popular pada hari
ini. Mungkin surat layang ini dapat dijawab menerusi cara yang sama,
tetapi dengan berbuat demikian, kita seolah-olah mengundang penyebaran
surat layang yang baru oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Masalah timbul apabila teknologi gagal dikaitkan dengan matlamat untuk
mencari maklumat secara positif. Selain itu, pengguna hanya
menggunakan internent untuk berkomunikasi secara negatif. Internet
harus digunakan sebagai keperluan untuk berkomunikasi sesama manusia
dengan bercirikan semangat untuk mewujudkan struktur sosial yang baik
dan berkesan. Internet tidak harus digunakan untuk menyebar fitnah.
Kita bimbang jika fitnah ini dibuat untuk memburuk-burukkan kepimpinan
negara, hal ini akan menjadi gejala yang tidak sihat. Sebagaimana yang
kita tahu, penyebaran surat layang menerusi internet bukan terbatas
kepada lingkungan dalam negara. Penyebarannya mudah merebak hingga ke
merata dunia. Kesempatan ini dapat digunakan oleh pihak asing untuk
memburuk-burukkan keadaan di sesebuah negara.

Di negara membangun, teknologi komunikasi sepatutnya dianggap sebagai
penemuan terpenting untuk bersaing dalam bidang perdagangan,
pertanian, perbankan, perniagaan dan lain-lain lagi. Hal ini mungkin
diakui oleh organisasi tertentu tetapi bagaimana pula dengan individu?
Adakah mereka memahami falsafah teknologi komunikasi termoden ini?
Jika mahu menyebarkan surat layang melalui internet, nampaknya
matlamat untuk mewujudkan masyarakat yang celik maklumat tidak akan
berhasil. Sesuatu yang mungkin mengecewakan kita ialah ketika kita
melihat komunikasi baru dan teknologi maklumat sebagai alat penting
dunia perindustrian yang banyak menawarkan keuntungan, ada pihak yang
terus leka dengan menyebarkan surat layang menerusi kemudahan yang
sama.

Kita sedar bahawa gelombang teknologi dengan mudah dapat
dimanipulasikan. Fakta yang salah mudah disalurkan untuk mengelirukan
orang lain. Oleh itu kita juga amat sedih kerana ketika teknologi
maklumat dan komunikasi digunakan untuk menyediakan prasarana seperti
perbankan elektronik, Sistem rangkaian maklumat, persidangan video,
pangkalan data dan alat automatik untuk kegunaan pejabat, ada pengguna
yang mudah melakukan perkara yang tidak berfaedah.

Surat layang mampu menimbulkan krisis keyakinan jika tidak ditangani
dengan baik. Kita percaya bahawa jika wujud etika dan nilai yang baik
dalam kalangan pengguna internet, kita dapat mengelakkan diri daripada
perbuatan yang tidak mendatangkan hasil ini. Oleh itu, setiap pengguna
seharusnya mempunyai maruah diri dan bukan menjadikan alat itu untuk
merosakkan masyarakatnya.

1.     Penyalahgunaan internet sukar diatasi kerana

      A. terdapat pengguna yang tidak bertanggungjawab
B. pengguna internet yang tidak bertanggungjawab sukar dikenali
C. pengguna internet dianggap sebagai kebebasan sejagat
D. adanya keinginan untuk mendapatkan keuntungan dalam jangka
pendek
Jawapan - C

2.     Apakah langkah yang paling sesuai untuk menyekat penyebaran
surat layang ?

      A. Mengehadkan penggunaan internet dalam sesebuah Negara sahaja
B. Menyebarluaskan maklumat yang sebenarnya
C. Menyemai etika dan sistem nilai yang baik dalam kalangan
pengguna Internet
D. Menyedarkan masyarakat tentang kesan buruk surat layang.
Jawapan - C

3.     Antara berikut, yang manakah kesan penyebaran surat layang?

i. Keuntungan sektor perdagangan terjejas
ii. Kewibawaan seseorang pemimpin terjejas
iii. Masyarakat celik maklumat sukar dilahirkan
iv. Masyarakat sejagat meragui keikhlasan sesebuah Negara

      A. i dan ii
B. i dan iii
C. ii dan iv
C. ii dan iv
Jawapan - A

Passage

Wanted urgently: a national energy policy. An inventory of Malaysia’s
resources; both conventional and non-conventional. A projection of
national energy needs for the century. Energy is one of the major
issues at the moment and will continue to be for a long time yet
particularly for the developing countries, Malaysia included.

The country’s known oil reserves are estimated at only about a billion
barrels. It is expected, therefore, to become a net oil importer for
about six or seven years.

The fact that a Cabinet Committee on energy exists to deal with policy
issues in this area surfaced again recently. In fact, the committee
was set up in 1978 but it has operated in such a low key that it is
scarcely heard of or from.

Likewise, the second tier committee of officials, which is charged
with making recommendations to Ministers and to oversee the
implementation of their decisions, seems to have led an equally
shadowy existence.

This suggests the status of energy has yet to be raised to that of a
major policy concern, even though pronouncements by top leaders such
as the Prime Minister fully reflect their awareness of the seriousness
of the problems that loom ahead. Take the Fourth Malaysia Plan for
example, after pouring over the 400 odd pages document, the reader
will find it difficult to resist the conclusion that the energy
dimension has not been given an adequate treatment, although it is
obvious that no country in today’s circumstances can set out a
framework for development without it.

The long discussion on an appropriate economic strategy for the 1980s
does not refer to energy even in passing, while the chapter under
which energy has been dumped together with utilities is silent about
plans diversifying the energy base.

If one is looking for specific details about the four-fuel strategy
announced by the Prime Minister several months ago and reiterated by a
cabinet minister more recently, one will be disappointed.

Nothing is said about a master plan for the use of gas in the country,
expected to be prepared by World Bank experts, or the prospects for
using local coal for power generation. And what of the progress of the
studies undertaken by West German consultants in Sarawak?

These were aimed at determining the feasibility of harnessing the vast
hydro potential the Pelagus rapids and the Balui River and the
feasibility of a submarine cable system for transmitting power to
Peninsular Malaysia 600 or so miles across the South China Sea.

4.     In this passage the author

      A. is pessimistic about Malaysia’s future energy situation
B. is optimistic that Malaysia can solve its future energy
problem
C. is pessimistic about the capability of Malaysia to solve its
energy problem
D. feels that there must be a greater effort by the government
to study the future energy supply and demand.
Jawapan - D

5.     According to the author, as far as future needs of energy is
concerned, the immediate step to be taken by the government is

      A. to drill more oil
B. to use oil resources
C. to use coal resources
D. to carry out a national energy resources survey
Jawapan - D

6.     According to the author, if one is interested to know details
about Malaysia’s future energy situation

      A. one cannot find details anywhere
B. one must read Fourth Malaysia Plan
C. one has to see the Annual Economic Report
D. one has to see the Cabinet Committee Report
Jawapan - A

SEKSYEN D – ESEI BAHASA MELAYU

Masa : 1 jam
Bilangan Soalan : 3 jawab 1
Panjang Esei : 300 hingga 500 perkataan

Dalam seksyen ini calon dikemukakan isu-isu yang menjemput pandangan
tentang sesuatu masalah. Contohnya: “Cara-cara untuk menyelesaikan
masalah kesesakan lalulintas di Kuala Lumpur.”

Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang disusun
dengan jelas, teratur dan munasabah. Objektif utama adalah untuk
mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan bahasa
Melayu.

SEKSYEN E – ESEI BAHASA INGGERIS

Masa : 1 jam
Bilangan Soalan : 3 jawab 1
Panjang Esei : 200 hingga 300 perkataan

Dalam seksyen ini calon dikemukakan isu-isu yang menjemput pandangan
tentang sesuatu masalah. Contohnya: “Electronic Government in
Malaysia.”

Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang disusun
dengan jelas, teratur dan munasabah. Objektif utama adalah untuk
mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan bahasa
Inggeris.

PANDUAN MENJAWAB SOALAN

Nasihat-nasihat berikut diharap dapat membantu calon-calon dalam
Peperiksaan Khas ini.

Soalan Objektif
(Soalan-soalan di dalam Seksyen A, B dan C)

(a) Calon perlu peka bahawa kesemua calon yang menduduki Peperiksaan
Khas ini adalah dari pelbagai bidang akademik. Soalan-soalan yang
dikemukakan juga meliputi kesemua bidang akademik. Oleh yang demikian
terdapat beberapa soalan yang berkemungkinan sukar untuk individu
tertentu menjawab kerana berada di luar bidang pengkhususan. Soalan-
soalan tersebut, walau bagaimanapun, mungkin sesuai untuk calon lain
yang berpengetahuan dalam bidang tersebut. Oleh itu, jika terdapat
soalan yang tidak boleh dijawab dinasihatkan agar calon tidak membuang
masa dan terus menjawab soalan- soalan yang berikutnya. Apabila masa
mengizinkan kembali kepada soalan tersebut.

(b) Soalan objektif adalah soalan aneka pilihan di mana 5 opsyen
jawapan dikemukakan dan calon perlu memilih 1. Jawapan yang
dikehendaki bukan sahaja yang betul tetapi yang paling tepat. Apabila
membaca dan mengkaji kelima-lima opsyen yang dikemukakan kerana yang
diperlukan adalah jawapan yang paling tepat. Dengan meninggalkan
jawapan-jawapan yang difikirkan salah, opsyen jawapan akan berkurangan
dan ini dapat membantu dalam proses pemilihan jawapan yang tepat.

(c) Untuk merekod jawapan, calon dibekalkan borang khas yang akan
diproses menggunakan komputer. Ditegaskan agar calon menggunakan
pensil 2B sahaja. Jika alatulis-alatulis lain digunakan, jawapan calon
tidak diambilkira kerana komputer tidak dapat memprosesnya. Jika calon
perlu membuat perkiraan, jawapan contoh dan sebagainya, gunakan kertas
lain atau buku soalan. Borang yang dibekalkan adalah khusus untuk
merekod jawapan.

Soalan Esei
(Soalan-soalan dalam Seksyen D dan E)

(a) Soalan-soalan esei terdapat di dalam dua seksyen iaitu Seksyen D
(esei Bahasa Melayu) dan Seksyen E (esei Bahasa Inggeris). Bagi setiap
seksyen calon perlu memilih sebuah tajuk dari tiga yang dikemukakan.

(b) Masa 1 jam bagi menjawab setiap esei adalah panjang kerana
kebiasaannya calon diberi selama 30 atau 45 minit sahaja. Tujuan calon
diberi masa panjang adalah untuk menggalakkan penulisan esei yang
bernas, teratur, teknik persembahan serta susunan perkataan yang
terbaik. Tulisan perlu kemas dan calon digalakkan menyusun perenggan
menggunakan tajuk-tajuk kecil (jika perlu) dan mengemukakan hujah-
hujah dengan teratur dan mengikut logik. Oleh yang demikian calon
dinasihatkan untuk menggunakan sekurang-kurangnya 10 minit untuk
merancang, membuat nota, rangka dan sebagainya sebelum esei ditulis.

PENUTUP

Calon sekali lagi dinasihatkan supaya cuba mendapatkan markah yang
terbaik. Jika lulus, calon mungkin berpeluang untuk dipanggil
temuduga. Ini bermakna peluang untuk dipertimbangkan ke jawatan PTD
adalah lebih baik.

MORE INFO --> ==> CONTOH FORMAT SOALAN DAN JAWAPAN EXAM PTD 2011
More Vacancies : contoh soalan exam ptd, exam ptd, format exam ptd, panduan exam ptd, panduan peperiksaan ptd, semak exam ptd M41

0 comments:

Post a Comment