New Post

Rss

Showing posts with label Contoh. Show all posts
Showing posts with label Contoh. Show all posts
September 28, 2014
no image

Contoh Soalan Temuduga Kerjaya Kastam 2014


Advertisement
Keputusan peperiksaan online Penolong Penguasa Kastam sudah diumumkan. Calon-calon yang berjaya melepasi tapisan peperiksaan online tersebut akan dipanggil ke temuduga. Begitu juga dengan calon-calon peperiksaan online Penguasa Kastam. Keputusan sudah dikeluarkan dan setiap calon yang lulus sudah mula membuat persediaan untuk menghadapi temuduga.

Disebabkan jarak peperiksaan dan jawatan tidak jauh beza, kami bercadang untuk memberi panduan umum temuduga yang berkaitan dengan kerjaya kastam. Setiap calon yang berjaya dalam tapisan temuduga akan ditempatkan di Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL) untuk menjalani latihan dalam bidang kastam seperti berkawad, kelas dan riadah selama 3 bulan.

Berikut adalah contoh-contoh soalan temuduga yang ditulis berdasarkan perkongsian daripada calon-calon kerjaya kastam :

1. Ceritakan tentang diri dan latar belakang anda. Mulakan dengan penceritaan tentang diri, keluarga, pendidikan dari peringkat sekolah hingga ke peringkat yang tertinggi sama ada diploma atau ijazah. Sertakan sekali pencapaian anda dalam bidang akademik, sukan dan unit beruniform.

2. Nyatakan kerjaya anda yang terkini. Kongsikan kerjaya sekarang sama ada sudah bekerja atau masih belajar. Beritahu mengapa anda membuat keputusan untuk memilih kursus atau kerjaya tersebut.

3. Nyatakan nama pengarah kastam yang terkini. Ambil peluang untuk anda ulangkaji siapakah nama pengarah kastam tersebut dan struktur organisasinya sekali.

4. Sebutkan tugas dan tanggungjawab kastam. Pastikan anda boleh membezakan tugas di antara penguasa kastam dan penolong penguasa kastam.

5. Baca isu semasa di Malaysia. Rujuk pada mana-mana akhbar harian yang memaparkan isu semasa di dalam dan di luar Malaysia. Lebih baik lagi jika anda dapat kaitkan dengan kastam.
http://www.ashadee.net/go/50249/mrnet?b=2227 6. Rujuk dasar-dasar kerajaan Malaysia. Cari maklumat berkaitan rancangan dan dasar kerajaan yang sedang dan sudah dilaksanakan.

7. Mengapa anda nak kerja kastam. Sebutkan minat dan alasan anda untuk menyokong permohonan anda untuk kerja dalam bidang ini.

8. Mengapa SPA perlukan anda untuk berkhidmat dalam kerajaan. Sebutkan kebolehan diri anda yang berkaitan dengan skop dan tanggungjawab kastam.

9. Jelaskan fungsi jabatan kastam di Malaysia. Setiap jabatan kerajaan di Malaysia ada fungsinya yang khusus.

10. Jenis-jenis cukai kastam. Anda perlu tahu dan huraikan secara ringkas. Jika dapat huraikan secara teliti adalah satu kelebihan.

11. Ambil tahu kadar cukai restoran makanan segera seperti Kentucky Fried Chicken (KFC). Berapa kadar cukai dan bagaimana kiraannya.

12. Apa kaitan kursus akademik anda pelajari dengan kastam. Kaitkan dengan bijaksana bagaimana ilmu yang anda miliki dapat digunakan untuk berkhidmat dengan kastam.

13. Beri contoh cukai yang anda tahu. Berikan 3 hingga 5 contoh cukai dan huraiannya sekali. Terangkan secara ringkas


Untuk persediaan lebih lengkap dan terperinci, dicadangkan untuk anda memiliki rujukan yang telah membantu calon lulus temuduga sejak tahun 2009 yang lepas. Terus dapatkan di sini;
Temuduga Kastam
Advertisement

View the original article here

April 8, 2012
no image

Contoh Soalan Exam Bertulis Juruaudit W41



Panggilan ke peperiksaan bertulis Juruaudit W41 sudah dikeluarkan. Surat sudah dihantar dan bagi yang belum mendapat surat, anda boleh buat semakan online di laman rasmi SPA melalui link ini;

[+] Semakan Online Peperiksaan Juruaudit (KLIK DI SINI)

Format peperiksaan adalah seakan sama seperti jawatan Pengawai Antidadah pepeiksaan November 2011 yang lepas dan Penguasa Kastam pada Februari 2012 yang lepas iaitu;
Seksyen A: Pengetahuan Am Mengenai Malaysia dan Alam SekelilingSeksyen B: Daya menyelesaikan masalahSeksyen C: Kefahaman Bahasa Melayu dan Bahasa InggerisSeksyen D: Esei Bahasa MelayuSeksyen E: Esei Bahasa InggerisMengikut maklumbalas yang diberikan oleh calon peperiksaan sebelum ini, beza peperiksaan bertulis Pegawai Antidadah dan Penguasa Kastam jika dibandingkan dengan Pegawai Tadbir Diplomatik adalah soalan tambahan berkaitan jawatan (Dadah dan Kastam).

Atas ‘trend’ tersebut, peperiksaan Juruaudit W41 juga bakal menyaksikan format yang sama dengan PTD dengan tambahan soalan berkaitan Juruaudit.
Skop tugas Juruaudit adalah melakukan tugasan audit kewangan terhadap Kementerian dan Jabatan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Penyata Kewangan dan Kumpulan Wang Badan Berkanun Persekutuan, Badan Berkanun Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Agama Islam, Kumpulan Wang Amanah, Akaun Amanah serta 496 Syarikat Kerajaan (di mana Kerajaan memiliki 50% atau lebih ekuiti)
Contoh soalan juruaudit tak perlu difokuskan sangat, fokus kepada semua seksyen dan maklumat mengenai jawatan Juruaudit untuk peperiksaan bertulis juruaudit ini. Pakej Rujukan Tipsptd boleh digunakan untuk peperiksaan Juruaudit ini :

>>> MUAT TURUN SEGERA KLIK SINI

Salam suskes untuk anda! Tinggalkan komen di bawah, mungkin anda boleh bertemu rakan yang boleh anda berbincang untuk persediaan peperiksaan anda!

Related Posts : exam juruaudit w41

no image

Terkini : Nota Rujukan dan Contoh Soalan Peperiksaan Juruaudit W41

Peperiksaan Bertulis Juruaudit akan diadakan pada 14 april 2012.Peperiksaan Juruaudit ini bertujuan mengukur daya pemikiran serta kebolehan calon-calon peperiksaan juruaudit mengaplikasi maklumat yang diperolehi melalui latihan akademik, bacaan dan pengalaman.
Calon-calon  peperiksaan juruaudit yang menduduki peperiksaan juruaudit ini adalah dari pelbagai jurusan. Maka, soalan-soalan yang dikemukakan meliputi pelbagai bidang dan mempunyai
skop yang luas.

Matlamat peperiksaan juruadit ini adalah untuk mengukur kematangan pemikiran calon  peperiksaan juruaudit agar sesuai dengan kualiti serta potensi seorang Juruaudit, Gred W41.Peperiksaan juruaudit ini melibatkan lima kertas berasingan. Setiap kertas adalah penting untuk prestasi mengukur calon  peperiksaan juruaudit.Calon-calon  peperiksaan juruaudit perlu menunjukkan prestasi yang baik bagi ke semua kertas. Jika prestasi yang sangat baik dipamerkan pada satu atau dua kertas sahaja, maka prestasi keseluruhan calon peperiksaan juruaudit dikira kurang memuaskan. Namun, jika calon  peperiksaan juruaudit mendapat markah yang menggalakkan bagi setiap kertas, maka prestasi keseluruhan dianggap baik.

Oleh itu, calon-calon peperiksaan juruaudit dinasihatkan supaya tidak memfokus kepada kertas tertentu sahaja. Kelulusan  peperiksaan juruaudit ini merupakan satu daripada syarat lantikan ke skim tersebut. Calon-calon  peperiksaan juruaudit yang memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia termasuk lulus ’Assessment Centre’ akan ditemu duga.

Sukatan Peperiksaan Juruaudit :
Ujian ini mengadungi lima seksyen iaitu:
(i) Seksyen A – Pengetahuan Am Mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling
Masa : 40 minit BilanganSoalan : 50(ii) Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
Masa : 45 minitBilangan Soalan : 40(iii) Seksyen C – Kefahaman Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
Masa : 45 minitBilangan Soalan : 40 soalan(iv) Seksyen D – Esei Bahasa Melayu
Masa : 1 jamBilangan Soalan : 3 jawab 1Panjang Esei : Bilangan perkataan adalah tidak dihadkan.(v) Seksyen E – Esei Bahasa Inggeris
Masa : 1 jamBilangan Soalan : 3 jawab 1Panjang Esei : Bilangan perkataan adalah tidak dihadkan.Calon-calon digalakkan mendapatkan rujukan peperiksaan juruaudit ini supaya lebih bersedia untuk menjawap soalan-soalan yang bakal diberikan.Kami sangat syorkan agar calon-calon peperiksaan juruaudit mendapatkan rujukan peperiksaan juruaudit ini daripada Team Tipsptd yang telah terbukti membantu ramai calon lulus dalam peperiksaan sebelum ini.Dapatkannya di sini : Related Posts : peperiksaan juruaudit w41

July 8, 2011
no image

Contoh Soalan Exam PTD : Susah ker soalan Matematik ?


Banyak persoalan dan luahan perasaan risau calon peperiksaan bertulis yang bakal dilangsungkan 16 Julai 2011 ini tentang soalan Matematik dan kami rasa sedikit terpanggil untuk buat satu posting pendek mengenainya. Sebenarnya ianya bukanlah sesukar yang disangka, cuma anda perlu tahu apa yang sepatutnya anda tahu dan lakukan sedikit latihan tentangnya. Itu sahaja.Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam Gred 41Jadi apa sebenarnya soalan yang akan ditanya? Begini.. ada 2 ‘clue’ besar yang diberi oleh pihak SPA sendiri yang ramai orang terlepas pandang mengenainya dan Team Tips PTD sudah nyatakan dalam ‘Diskripsi Prima’ mengenai perkara ini. Apakah ‘clue’ tersebut?Calon tidak dibenarkan mengguna kalkulatorSoalan hanya sehingga silibus SPM2 perkara besar ini kalau diperincikan akan menjadikan persediaan matematik anda untuk peperiksaan gred 41 nantinya amat mudah dan kami terus terang yakin anda akan dapat jawab tanpa masalah besar. Jadi apa kesimpulan dari 2 perkara besar di atas;soalan-soalan susah yang memerlukan kalkulator, konfem tak keluarsoalan-soalan yang memerlukan lukisan seperti bab ‘Pelan dan Dongakan’ dalam silibus SPM, komfem tak keluarJadinya, apa yang perlu anda lakukan untuk persediaan Matematik dan skor bahagian ini?Lihat semula buku rujukan Matematik SPM dan PMRSingkirkan bab-bab yang memerlukan lukisan, kalkulator dan pengiraan yang sukarJawab soalan-soalan set matematik PMR dan SPM dan abaikan kesemua soalan-soalan yang susah yang memerlukan kalkulator dan lukisanMudah bukan? Anda seorang graduan universiti dan anda lulus subjek Matematik zaman SPM dahulu dan melayakkan diri ke Universiti dan sudah semestinya anda ada asas kalau pun tidak kukuh tetapi asas Matematik itu ada dalam diri anda. Apa yang anda perlukan ialah asah kembali kemahiran itu dan buat persediaan yang tepat dengan 2 ‘clue’ yang dibincangkan di atas. Tak susah bukan?Nak prepare lebih bagus untuk exam PTD? Dapatkan Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis PTD di bawah:

Contoh Soalan dan Skema Jawapan Exam PTD M41


More Vacancies : contoh soalan matematik exam ptd, contoh soalan exam ptd, exam ptd, peperiksaan ptd 2011