September 28, 2014

220,000 Peluang Pekerjaan Menjelang Akhir Tahun - JTK


Advertisement


MARAN 21 Sept. - Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Tenaga Kerja (JTK) menyasarkan 220,000 peluang pekerjaan ditawarkan kepada pencari kerja menjelang akhir tahun ini melalui portal JobsMalaysia dan program Jelajah Karnival Kerjaya.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berkata sehingga pertengahan bulan ini, 115,672 jumlah kekosongan pelbagai jawatan telah ditawarkan.


Sehingga 1 Sept lepas, seramai 403,897 pencari pekerjaan telah berdaftar melalui portal JobsMalaysia dan daripada bilangan tersebut seramai 231,169 orang adalah siswazah, manakala 172,728 lagi bukan siswazah,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kebudayaan dan Adat Perkahwinan Masyarakat Orang Asli Pahang di perkampungan Orang Asli Batu 55 Jalan Maran - Kuantan, di sini hari ini. - BERNAMA
Advertisement

View the original article here

0 comments:

Post a Comment