Contoh Soalan Temuduga Kerjaya Kastam 2014
Advertisement
Keputusan peperiksaan online Penolong Penguasa Kastam sudah diumumkan. Calon-calon yang berjaya melepasi tapisan peperiksaan online tersebut akan dipanggil ke temuduga. Begitu juga dengan calon-calon peperiksaan online Penguasa Kastam. Keputusan sudah dikeluarkan dan setiap calon yang lulus sudah mula membuat persediaan untuk menghadapi temuduga.
Disebabkan jarak peperiksaan dan jawatan tidak jauh beza, kami bercadang untuk memberi panduan umum temuduga yang berkaitan dengan kerjaya kastam. Setiap calon yang berjaya dalam tapisan temuduga akan ditempatkan di Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL) untuk menjalani latihan dalam bidang kastam seperti berkawad, kelas dan riadah selama 3 bulan.
Berikut adalah contoh-contoh soalan temuduga yang ditulis berdasarkan perkongsian daripada calon-calon kerjaya kastam :
1. Ceritakan tentang diri dan latar belakang anda. Mulakan dengan penceritaan tentang diri, keluarga, pendidikan dari peringkat sekolah hingga ke peringkat yang tertinggi sama ada diploma atau ijazah. Sertakan sekali pencapaian anda dalam bidang akademik, sukan dan unit beruniform.
2. Nyatakan kerjaya anda yang terkini. Kongsikan kerjaya sekarang sama ada sudah bekerja atau masih belajar. Beritahu mengapa anda membuat keputusan untuk memilih kursus atau kerjaya tersebut.
3. Nyatakan nama pengarah kastam yang terkini. Ambil peluang untuk anda ulangkaji siapakah nama pengarah kastam tersebut dan struktur organisasinya sekali.
4. Sebutkan tugas dan tanggungjawab kastam. Pastikan anda boleh membezakan tugas di antara penguasa kastam dan penolong penguasa kastam.
5. Baca isu semasa di Malaysia. Rujuk pada mana-mana akhbar harian yang memaparkan isu semasa di dalam dan di luar Malaysia. Lebih baik lagi jika anda dapat kaitkan dengan kastam.
6. Rujuk dasar-dasar kerajaan Malaysia. Cari maklumat berkaitan rancangan dan dasar kerajaan yang sedang dan sudah dilaksanakan.
7. Mengapa anda nak kerja kastam. Sebutkan minat dan alasan anda untuk menyokong permohonan anda untuk kerja dalam bidang ini.
8. Mengapa SPA perlukan anda untuk berkhidmat dalam kerajaan. Sebutkan kebolehan diri anda yang berkaitan dengan skop dan tanggungjawab kastam.
9. Jelaskan fungsi jabatan kastam di Malaysia. Setiap jabatan kerajaan di Malaysia ada fungsinya yang khusus.
10. Jenis-jenis cukai kastam. Anda perlu tahu dan huraikan secara ringkas. Jika dapat huraikan secara teliti adalah satu kelebihan.
11. Ambil tahu kadar cukai restoran makanan segera seperti Kentucky Fried Chicken (KFC). Berapa kadar cukai dan bagaimana kiraannya.
12. Apa kaitan kursus akademik anda pelajari dengan kastam. Kaitkan dengan bijaksana bagaimana ilmu yang anda miliki dapat digunakan untuk berkhidmat dengan kastam.
13. Beri contoh cukai yang anda tahu. Berikan 3 hingga 5 contoh cukai dan huraiannya sekali. Terangkan secara ringkas
Untuk persediaan lebih lengkap dan terperinci, dicadangkan untuk anda memiliki rujukan yang telah membantu calon lulus temuduga sejak tahun 2009 yang lepas. Terus dapatkan di sini;
Advertisement
View the original article here
0 comments:
Post a Comment