November 20, 2014

Jawatan Kosong Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

Jawatan Kosong ATM Januari 2014

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempelawa warganegara Malaysia lepasan Ijazah yang berkelayakan untuk berkhidmat sebagai pegawai dalam Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Calon-calon yang berjaya terpilih akan dilantik sebagai Pegawai Kadet Graduan untuk menjalani latihan Pegawai Kadet di Kolej Tentera Darat (KTD), Kolej Tentera Laut, Kapal Diraja Sultan Idris I (KDSI I) TLDM dan Kolej Tentera Udara (KTU). ATM amat menghargai kesunguhan calon-calon yang berminat untuk menyertai sebagai Pegawai yang mempunyai semangat juang yang tinggi, berdedikasi serta sanggup berkorban demi mempertahankan tanahair tercinta.

Jantina
Lelaki – TDM, TLDM dan TUDM
Wanita – TLDM dan TUDM.

Umur. Tidak melebihi 30 tahun pada 31 Disember 2014.

Taraf Kesihatan. Calon-calon mesti lulus pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan ATM. Tahap Penglihatan ialah 6/6 tanpa kaca mata dan kanta lekap serta memenuhi taraf Darjah Kesihatan Tubuh (DKT) – Forward Everywhere (FE).

Maklumat lanjut dan permohonan jawatan sila layari http://www.Jobsmalaysia.gov.my
MORE INFO FRESH GRADUATE JOBS

MORE INFO EXECUTIVE LEVEL JOBS 

PENGAMBILAN CALON YANG BERKELAYAKAN LEPASAN IJAZAH SARJANA MUDA (KEPUJIAN) UNTUK DILANTIK SEBAGAI PEGAWAI KADET GRADUAN DI DALAM SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan lepasan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) untuk berkhidmat sebagai Pegawai dalam Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Kami mengalu-alukan calon-calon yang kompeten, berkredibiliti, berdedikasi, dan mempunyai sifat kepimpinan serta sanggup berkorban demi mempertahankan kedaulatan negara dengan menyertai perkhidmatan ATM.

Mereka yang berjaya dan terpilih akan dilantik sebagai Pegawai Kadet Graduan untuk menjalani latihan Pegawai Kadet Graduan di Kolej Tentera Darat (KTD), Kapal Diraja Sultan Idris I (KDSI I) dan Kolej Tentera Udara (KTU).

Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

Jawatan : PEGAWAI KADET GRADUAN

Maklumat selanjutnya sila muat turun iklan jawatan dan syarat permohonan disini

Permohonan secara online disini


View the original article here

0 comments:

Post a Comment